Wednesday, April 6, 2011

Cekgu dgn anak murid....

Baca kisah cikgu dengan student nie. Betul-betul best! Lawak sengal giler haha.

Murid : Selamat pagi, Cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid: Selamat pagi, petang dan malam Cikgu!

Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid: Selamat sejahtera Cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini Cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila Cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid: Faham, Cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!
Murid: Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu: Oh Tuhan!
Murid: Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!

Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid: Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Murid: Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid: Rajin kami belajar Cikgu!
Cikgu : Kamu gila!

Murid: Kami siuman!
Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid: Kurang! Kurang
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid: Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid: Sebab saya seorang pandai!
Cikgu: Oh! Melawan!
Murid: Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid: Cukup ajar!

Cikgu: Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu: O.K.
Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O.
Pelajaran belum bermula!
Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid: Belum, pandai!
Cikgu: Berdiri!
Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid: Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid: Cerdik kami tu!
Cikgu: Rosak!
Murid: Baik!
Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid: Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar).

No comments:

Post a Comment